Thursday, April 15, 2010

Memilih Mesin Jahit Baru...

Alhamdulillah, hari ni sampai dah mesin jahit industri Singer yang ku idam2 kan. Selama nie dok menjahit kat rumah mummy jer, skang nie boleh lah tumpu lebih sikit. Meningkat lah produktiviti & kapasiti menjahit nanti... hehe.

Saya nak share sikit lah pengalaman survey, tips2, serta sedikit study pasal membeli mesin jahit ni.

Pasal jenama mesin jahit, saya rasa semua orang akan terfikir Singer... sebenarnya banyak lagi model & jenama mesin jahit di pasaran. Jenama seperti Brother, Jelita, Juki, Apple... saya pun baru jer tahu kewujudan jenama2 seperti ini. Kalau pernah tengok jenama mesin jahit nenek2 kita dulu macam, Releigh, Toyota, Dragonfly, Butterfly, dll. dah tak ada di pasaran sekarang ni, yang tetap famous dan banyak dari dulu sampai sekarang ialah Singer (dan juga yang termahal..)

Kalau anda juga berminat nak beli mesin jahit, kenal pasti dahulu apa tujuan dan penggunaan anda... Kalau tak ada skill dan pengalaman menjahit pun, banyak mesin jahit sekarang ni yang canggih2, siap computerized lagi... tapi yang tu kena la prepare 5-6 ribu ringgit...
:-p

Kalau setakat nak jahit seluar koyak, poket koyak, dan buat jahitan simple2. Budget 5-8 ratus sudah memadai, mesin jahit portable memang popular sekarang ni, dan sesangat sesuai sebagai Hobby Kit, mudah pula di gunakan bagi beginner. Ia datang sekali dengan pelbagai function dan pilihan corak jahitan, siap ada lcd display lagi... Tapi mesin jahit macam ni ada kekurangan nya. Kalau anda nak jahit jeans, kain2 tebal, langsir2 berat memang confirm lah tak boleh. Penggunaan nya pun terhad, contohnya; menjahit sejam kena rehat 15 minit, kalau tidak cepat lah motor dia terbakar nanti...



Kalau tujuan anda untuk menjahit "berat2" dan lama2, atau untuk mengambil tempahan, dan tidak perlukan function2 yang kiut-miut tu... Mesin Jahit Industri lah jawapan nya. Mesin ni tak lah nampak cantik, tapi memang nampak macho... hehehe. Ia boleh berkerja selagi anda larat, jeans, comforter, langsir tebal2 tak menjadi masalah dengan mesin jenis ini. Dengan kelajuan mencapai 5,500 jahitan per minit (lebih kurang laju gaban ni...) Memang best pakai mesin jenis ni. Mesin jenis ni budget nya RM 1,500 ~ RM 5,000... bergantung pada jenama dan Power dia.

Oh ya, kalau anda kekurangan budget untuk dapatkan mesin yang baru, mesin second-hand mungkin salah satu alternatif yang baik. Tapi anda kena lah fikir masak2. Warranty yang baru 1 tahun, tapi second-hand 1-3 bulan je, kalau pengguna sebelum ini guna dengan lasak kemungkinan 'hayat' motor mesin itu sudah pendek... tambahan pula harga pula tak jauh berbeza, mungkin hanya 20~30% kurang dari harga baru.

Banyak kedai mesin jahit menawarkan ansuran bulanan yang menarik... tapi hati2 dengan interest yang dikenakan!!! Saya nasihatkan, kira dahulu jumlah bayaran yang anda akan bayar nanti... jangan harga cash RM 800, tapi jumlah ansuran bulanan selepas 2-3 tahun RM 2,000... jadi fikirlah masak2...

Jadi dengan sedikit tips, dan pendapat ini harap dapat membantu anda memilih mesin jahit yang sesuai untuk anda... Selamat berjaya...

Tuesday, February 23, 2010

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua kawan2 dan para pembaca. Terima kasih kerana sudi mungunjungi blog saya yang tak seberapa ni.

Sedar tak sedar sudah 2 tahun lebih sy menjadi suri rumah sepenuh masa.... macam berkerja, jadi suri rumah ni ada pahit-manis dan suka dukanya juga. Bukan tak ada offer kerja, malah gaji pun agak lumayan. Tapi ada je baik buruknya, maklumlah kita dah kawin ni semua kena fikir, suami, anak, macam2 lah... pasal anak ni pulak dari kecil kita jaga bila dah besar ni nak bagi orang jaga, susah hati pulak rasanya...

Tapi Alhamdulillah, sepanjang menjadi suri rumah ni tak lah duduk sesaja. Dua tahun saya buat "practical training" menjahit dengan sifu saya (ibu mertua saya - mummy), dengan guide & tunjuk ajar beliau banyak juga lah tempahan menjahit langsir sudah saya siapkan. Beliau ni memang otai dalam menjahit langsir area Gombak ni masa muda2 dulu.

Bila banyak bergaul dengan orang2 tua ni, banyak lah ilmu kita dapat... dari ilmu menjahit hingga ilmu penjagaan anak, "penjagaan suami", ilmu jaga badan, ilmu kesihatan, ilmu memasak, hingga lah ilmu jamu-jamu nih... Rupanya banyak yang orang2 muda macam kita ni abaikan tradisi kita dulu2 yang baik untuk kehidupan harian, amalan2 orang tua kita banyak dah yang kita tak ikut...

Ni lah yang saya nak kongsi dengan semua ni...

Saya sekarang dah ambil tempahan menjahit... Saya terima tempahan2 macam langsir, cadar, sarung bantal, comforter, set cadar baby (cadar,selimut,sarung bantal dan bakul baby) dan baby bedding set. Nak buat jahitan ni memang mencabar, dan perlukan minat yang mendalam. Tapi, dah dok rumah nie, memang seronok layan menjahit ni... patut lah aktiviti menjahit nie jadi aktiviti favourite surirumah sejak zaman dulu... hehehe...

Pasal jamu tu pula, asalnya saya pakai sendiri jer... lepas 2-3 minggu makan rasa betul banyak perubahan dan khasiatnya, sampai lah sekarang... Rasa makin cergas, aktif, rajin, sakit2 badan pun hilang. Adik2 dan kakak hubby saya yang doktor dan cikgu yang berpantang lepas bersalin pun makan jamu ni. Kawan2 yang dah ambil pun alhamdulilillah puas hati... Jadi timbul lah idea nak gabungkan jamu ni dengan kemahiran menjahit saya ni. So, set bersalin saya buat termasuk lah kain barut ibu lepas bersalin, barut baby, tungku baby, kain bedung baby, dan set jamu-jamuan nie. Kalau nak tungku besi pun saya ada, di import khas dari Kuala Kangsar nih...

Jamu ni asalnya dari Kelantan, family hubby saya ambil turun temurun. Semua proses secara tradisional jer, takde bahan2 kimia, semua dari akar kayu, dan daun2 herba je.

Kalu ada kawan2 dan pembaca yang berminat dengan produk2 saya ni hubungi saya. Sekian,
terima kasih...